Thursday, August 20, 2009

I have run out of stories to tell. & it has been going on for some time.

I don't know if I should feel worried.

Monday, August 10, 2009

And when the tears come pouring down, I can feel it - Allah in every breath.

Saturday, August 8, 2009

Hari ini hari mati. Semua orang akan mati pada hari ini, tepat pukul 8 malam. Semua orang akan mati dengan cara yang sama, iaitu serangan jantung, seperti dalam filem Death Note. Tapi ini bukan filem Death Note. Ini betul-betul. Semua akan mati. Semua orang tahu bahawa mereka akan mati. Langit gelap seperti musim sejuk di kutub. Tapi syarikat-syarikat bekalan tenaga telah lama bersedia untuk kegelapan yang tiba, dan bekalan tenaga untuk lampu-lampu di seluruh dunia juga akan kehabisan pada pukul 8 malam ini. Tepat 8 malam. Tiada siapa yang membantah kerana semua tahu bahawa pada pukul 8 malam, mereka akan mati.


Ketika ini, tiada siapa sempat ke pejabat, tiada siapa sibuk membeli-belah.


Semua orang tahu bahawa lepas semua orang mati, tiada apa yang akan tinggal. Tiada siapa yang akan mengenali sesiapa lagi kerana semua orang tak akan lagi wujud. Tak akan lagi diwujudkan.


Saturday, August 1, 2009

We are all each other.