Masa tahun pertama dulu, aku rasa stamina aku kuat. Tiap-tiap hari Selasa aku akan ke Mid Valley. Mid Valley dari tempat aku bukanlah dekat. Perlu naik bas, naik LRT, kemudian naik komuter. Dan pada sebelah malamnya, apabila balik ke tempatku, selalunya ada mesyuarat yang akan berakhir pada pukul 2 atau 3 pagi. Walaupun begitu, aku bukanlah keseorangan. Selalu ada perempuan bernama A yang menemani, yang sanggup mendengar keluhanku atau luahan kegembiraanku dalam perjalanan ke sana. Kau mahu tahu kenapa? Kau mahu tahu kenapa kami merutinkan perjalanan ke Mid Valley? Kerana dia. Dia yang menjual kek Yogurt Cheese. Senyumannya selalu hambar. Dia jarang tersenyum. Tapi pada ketika aku dapat melihat senyumannya, akupun turut tersenyum.
Hari ini aku makan Yogurt Cheese dan teringatkannya. Sekarang dia tidak lagi berada di situ. Aku meneruskan perjalanan, dan senyum ketika teringat senyumannya.
Hari ini aku makan Yogurt Cheese dan teringatkannya. Sekarang dia tidak lagi berada di situ. Aku meneruskan perjalanan, dan senyum ketika teringat senyumannya.
No comments:
Post a Comment