Apa? Kami stabil sahaja. Makan, minum, bergelak ketawa, stabil. Waktu telah telat, terlewat, tapi kami stabil. Memandu kereta di jalan sehingga sesat di tengah tengah jantung bandar, tapi kami stabil. Sumpah, kami stabil. Membeli baju baru lima minit sebelum acara sosial bukanlah simptom ketidakstabilan. Begitu juga dengan menyanyi nyanyi sambil tertawa sedih ketika 'high on endorphins'. Atau pun menulis entri blog dalam hati ketika bergaul dengan orang yang kami rasa signifikan.
Betul, kami stabil. Cuma mungkin sedikit kesal. Stabil sangat klise.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment